Sunday, December 19, 2010

lama sungguh aku x mnulis blog..tau2 dah pghujung 2010...azam 2010 x terlaksan pun..maka kna buat azam baru guna azam yang lama..


cuti skolah kali nih..aku rase byk xtvt yang aku buat..selain xtvt jalan2...n holiday..kali nih aku tambahkan dengan xtvt masak memasak..plus xtvt main game n latest melibatkan diri dalam income pasif..hahaha..bila joint income pasif nih rasa mcm terjebak skim cepat kaya la plak...aku pun tatau mcm mana bley terlibat..tp besh jugak lah bila aku mngenali forex...n web2 yang bermain dgn duit..


antara yang aku try joint..biz bsm kak zuraini...ini..ok jugaklah..beli 5 lot rm1000..than dapat rm1880..pastuh mmberanikan diri plak bermain dgn ABST..yg nih..aku beli 1 lot jer...rm150...sbb aku nih bukan la berani sgt nak melabur byk2....tp yg latest..haa...yg nih best..tp aku xmo laa nk cter dulu..


meh aku citer ke mana aku gi jalan2 time cuti nih....1st week aku bjaya sampai ke Sngapore...2nd week..aku berjaya ke Utara..3rd week...round2 bumi sngor...dan baru2 nih aku ke Terengganu..mnkasih kpd hencek suami aku sbb rajin bawak aku g jalan...seronok hdup ngan hencek suami..enjoy!! Read more...

Monday, March 15, 2010

 (aku copy paste citer nih dr email yahoo...aku ske citer nih....aku teringat kat emak aku.....aper2pun...terima kasih x terhingga utk emak aku...)

Kalau nak kira mak aku la harta yng paling mahal, palig berharga, tak de nilai yg boleh disamakan dengannya.
aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami...
abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. mintak duit belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak. ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.
abah pepagi lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik. abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah.
macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.
masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus.
tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa.
untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.
pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik. pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.
aku dpat duk ngan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh.
tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.
petang jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik. mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku,
ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang tu mak masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.
duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok.
gaji rm400. tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.
benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu rm75 satu set.
balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak".
aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan dan aku p ambik baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia dah baca tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna.
perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.
masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. abah dah tak macam dulu. sesekali aku balik abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.
setahun lepas adik lahir mak sakit. tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik semple darah.
lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.
ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara.
doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.
bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.
mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan.
sampai masa mak terpaksa operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. balik kampung kena jaga adik.
lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak trlampau lemah. lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah beransur baik. abah bawak balik. mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.
tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah bawak p hospital jengka.
bermula hari tu...keadaan mak makin hari , makin teruk.seminggu mak kat spital. kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. masuk makanan mak muntah.
doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. sebab tu mak tak boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja. sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi masa tu mak boleh bercakap.
satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami berbual macam biasa. macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.
doktr ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah. doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.
seksanya mak. tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.
semakin hari keadaan mak semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. abg di jepun pun balik.
hati mak dah mula membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat dan boleh nampak urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali kali anak-anak dia. ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. masa tu jugak merambu air mata aku. walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.
hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. semua misi, doktor dah kenal.
selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam,sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.
akhirnya mak kami bawak balik ke umah. sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia.
mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.
bila mak sampai rumah. suatu keajaban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu.
dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari. kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.
lebih kurang seminggu mak kat rumah.
mak nazak. hari tu pagi sabtu.
nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar.
tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.
kami sekeluarga berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum. "ma... emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum" banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak.
air mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi mak cium adik. sayunya aku tengok. air mata mak mengalir bila tengok adik. kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. tak dapat merase kasih sayang mak. mak bisikkan sesuatu pada abah. air mata abah mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. abah kucup dahi mak.
kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. taknak seksa mak.
tak lama mak sesak nafas. abah ajar mak mengucap.
Allahhuakbar seksanya menuju kematian,
Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.


---------------------
INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK AMPUN.
JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE...TAKUT TAK SEMPAT.

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.
---------------------
bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik
 

 

.
 
Read more...

Wednesday, September 2, 2009

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan


Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati

dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah

beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan

dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak

makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang

berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa

penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik

utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana

memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa

sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan

tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum

solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung

tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya.

Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan

Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung

dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi

dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang

di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,

orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau

mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh

sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi

sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat

bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan

sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab

menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau

nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan

tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke

masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca n i, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah

disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam

sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu

baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul

ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk

niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg

tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham

sahaja..

pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan

dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan

dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab

panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut:

Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah

sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan

takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda

menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat

dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan

solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..J adi

kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir

seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan

syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa

dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..

Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini

kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan

tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:

"Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s:

huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah

ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut

dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak

ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu

jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh

mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa

dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti

diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah

standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk

tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan

disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak

diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke

rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita

selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah

lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana

Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,

contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah

kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk

solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat

ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang

utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2

sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R

ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena

pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi

haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos

perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit

tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah,

kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg

lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat

ba'diah,

tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan

tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah

tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat

asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika

utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri

oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2

nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun

keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal

mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,

malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak

dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa.....

Renung-renungkanlah .. Read more...

Friday, August 28, 2009

nih ada email yg di4wdkan...kalu rajin..sebarkanlah..ok..

Subject:
Mencegah Labih Baik Dari Merawat - H1N1 (Perlu Baca)

Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang
melanda dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000
dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti
dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang
timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan
Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di
sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK(SENJATA BIOLOGI)
Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian,
saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya.... betul ker? Dan dia memberi satu
alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1.*** Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan
dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik
balik dan dinamakan Influenza A H1N1.. Kini, pihak WHO mengadakan ianya
bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari
mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis
penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari
mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

2.*** Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud
saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7
hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah
ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu,
penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2,
pesakit juga akan mati.... tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti
ini.

3.*** Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat
boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800
sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu
bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun
tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan,
kemana duit itu pergi?

4.*** rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari
penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih
dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk.
UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada
vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi
manusia yang mencipta vaksin ini

5.*** Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika
virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang
ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma
sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu. ....dan dalam masa tak sampai
sebulan mencapai kemenangan!! ! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan
"PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA
KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!. "..... so... apa yang
ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak
kemungkinannya. Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan
tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh
ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah
menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak
dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah
H1N1. Kita pula?....... .

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian
saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau
SIHAT lawannya SAKIT....... tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita
fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang
perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya
adalah ASAP NERAKA untuk manusia..... walluhualam. ..

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)
Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan
kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak
mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan
penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan
terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah
diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada
sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya.
Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH...... ......... . Bawang Putih!!!!!
Terkejut???. ... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya
juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui
oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1.*** Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.*** Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema,
anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat
paru-parukan?
3.*** Bawang putih adalah anti penularan penyakit.... . tak caya.....
kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul
tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan
mati sendiri.
4.*** Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas,
kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5.*** Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan
sapu kat tempat bengkak tadi.... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan
dari kita.

Saya ambil contoh disini...... . kalau anda pernah nampak bangsa asing
memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih
dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih
adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara
rawatannya

1.*** Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya,
hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.*** perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.*** Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di
seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.*** dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya. .....

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap
pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la
saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Tolong Sebarkan.... ....semoga Allah merestui kita....amin
Sekian terima kasih
mrs_jebot is offline Reply With Quote Read more...

ini adalah cerita pendek arahan Yasmin Ahmad...begitu tinggi Imaginasi dia..hingga aku pun x faham apa yg tersirat dan tersurat...susah betul nak faham pemikiran Yasmin Ahmad ni...Al-Fatihah buat beliau..

Read more...

Thursday, August 27, 2009

Hari nih aku merajinkan diri mengupdate blog aku ni ha....try explore aper yg best utk di update kat blog nih..

Aku & Santapan Hidupku
Read more...

Friday, May 1, 2009

yeyeyeye..tomok menang mlm tadi..ske aku!!..xtau la mcm mana aku bleh ter'ske' plak kat si tomok nih..dulu meluat sesangat ngan dia nih...tp pas OIAM nih...aku nampak dia nih energetic dan perlu di beri peluang..mana ader penyanyi lelaki yg bleh di harap abad nih..so tomok..GO! Read more...

Thursday, April 30, 2009


13 Mac 2009..merupakan hari kedua Emak berada di IPR...kami adik beradik semua berada di sana untuk menemankan Emak..ukhuwah adik beradik begitu kuat ku rasakan...semoga ukhuwah ini terus berkekalan...anak aku, Hazeem sibuk dok kat blakang Pak Ciliknya...ntah wat per ntah...

Kak Uda..kakak iparku yg menjadi pengunjung setia emak sepanjang emak berada di IPR...yang sebelah aku tu..Kak Lang dan yg tengah baca paper tuh...Abang Lang...

Tancik orang yg paling penting sepanjang emak berada di IPR..terima kasih Tancik...kalu ko xder time tuh..mcm mana la yer...thx for everything ya Adikku..



Inilah suasana time menunggu turn utk masuk bertemu emak...only 1 person shj dibenarkan utk bertemu emak..so, kitorg kena la tunggu turn...walau dalam suasana sedih..senyuman tetap bleh di beri...pantang ader camera mesti nak bg special pose!




Dan pada 15 MAc 2003...nurse2 tuh dah boring tgk muka kitorang jer kuar masuk tgk emak...lastly, diorg izinkan emak kuar jumper kitorg adik beradik..punya la hepi..tp sedih sbb tgk keadaan emak yg masih tersenyum walau disisinya di temani tong oxygen...Abang Uda hari2 datang IPR..siap bwk makan minum bagai...ala2 berkelah gitu..

tuh anak aku..sempat lagi pandang camera..org len sibuk pandang tokne... Read more...

Berapa kali dah aku teringin nak makan chicken chop kat Syikin Cafe nih..Yien kata makanan western kat sini sedap...so aku pun pi la try, byk kali gi sini, tp asyik tutup jer...Alhamdulillah..rezki anak..buka la pulak time aku lalu kat situ...
Suasana Cafe nih agak lengang...Hazeem siap posing sambil menunggu makanan...lambat sesangat la makanan sampai...sampai kena order air 2 kali....pergh!
Anyway...aku bg 4 bintang dr 5 bintang kat Syikin Cafe..sedap chicken chopnyer.... Read more...

Tuesday, March 3, 2009

ini percubaan utk aku mnjadi blogger..try n error..huhu.. Read more...

;;